HomeVipz GenerationCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Welcome To our youth Generation Society ..... The Vipz II Generation Community .... Jika anda berminat untuk Order baju,sila klik 'Order Vipz Generation T-shirt' Terima Kasih .... 1Malaysia 1Club 1Generation ....

Share | 
 

 Ambil dadah ketika cikgu mengajar

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
DaveSFC
Moderator
Moderator
avatar

Male Age : 27
Libra Posts : 225
Points : 335
Reputation : 40
Location : KK**TAWAU**
Tag ID : 09590

PostSubject: Ambil dadah ketika cikgu mengajar   July 16th 2011, 3:56 pm

AN: Ketika guru sedang sibuk mengajar, seorang pelajar lelaki dengan selamba mengambil pil khayal di belakang kelas dalam satu kejadian di sebuah sekolah menengah, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, pelajar tingkatan dua itu akhirnya ‘kantoi’ apabila guru terbabit dapat mengesan sikap peliknya yang ketika itu sedang khayal dalam kelas itu.


Hasil pemeriksaan, guru itu menjumpai beberapa biji pil khayal jenis Nospan di dalam beg sekolah pelajar terbabit sebelum memaklumkan kepada pengurusan sekolah yang melaporkannya kepada polis. Jurucakap polis ketika dihubungi, berkata, pelajar itu dipercayai mendapatkan bekalan pil khayal itu daripada beberapa pengedar yang bergiat cergas di bandar ini.

“Siasatan mendapati guru terbabit menemui beberapa biji pil khayal jenis Nospan dalam beg sekolah pelajar itu, yang dikatakan antara pelajar bermasalah dan sering mengambil pil khayal ketika dalam kelas.


“Sejurus menerima laporan itu, anggota polis bergegas ke sekolah itu dan membawa pelajar itu untuk menjalani ujian air kencing,” katanya.


Beliau berkata, pelajar itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Derah (IPD) Yan untuk siasatan lanjut.

Katanya, pelajar itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan ujian air kencing.


“Difahamkan, pil khayal itu dijual dengan harga antara RM1 hingga RM2 sebiji sehingga menjadi alternatif kepada golongan muda terutama pelajar sekolah,” katanya.


Back to top Go down
View user profile http://www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
cknara21
Senior
Senior
avatar

Male Posts : 243
Points : 338
Reputation : 70
Location : north borneo
Tag ID : 09759

PostSubject: Re: Ambil dadah ketika cikgu mengajar   July 17th 2011, 4:26 pm

wah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!cheap!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! i want!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Back to top Go down
View user profile
 
Ambil dadah ketika cikgu mengajar
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Sudut Informasi-
Jump to: